Program Kempen Kesedaran Penjagaan Kebersihan Tempat Awam Dilancarkan

Program  telah dilancarkan oleh Ahli Parlimen Kuala Terengganu YB Ahmad Amzad Hashim

KUALA TERENGGANU – Program kempen kesedaran penjagaan kebersihan tempat awam dilancarkan di kawasan Parlimen Kuala Terengganu pada hari ini.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia Sukan Dan NGO Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, program seumpama ini merupakan perintis kepada kempen kesedaran penjagaan kebersihan di tempat awam.
“Program sebegini dibuat selari dengan dasar kerajaan Negeri Terengganu yang menekankan kebersihan sebagai satu asas untuk mewujudkan suasana yang sejahtera kepada rakyat,
“dan alhamdulillah pada petang tadi satu program yang dinamakan Program Tinjauan Dan Cakna Kebersihan’ berjalan dengan jayanya,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika mengulas perkara tersebut dalam laman sosialnya pada hari ini Jumaat, 22 Jun.
Menurutnya program tersebut telah dilancarkan oleh Ahli Parlimen Kuala Terengganu YB Ahmad Amzad Hashim.
Katanya beliau sendiri turun padang membawa ‘plastik hitam’ mengutip sampah bersama-sama para peserta terdiri daripada YB Ustaz Md Shah, rakan media dan Pemuda kawasan Kuala Terengganu serta beberapa NGO.
“Program ini turut disertai oleh pihak Media daripada TV9, saff pimpinan pemuda PAS Kawasan Kuala Terengganu, NGO GASAK 4×4,
“serta wakil pihak Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) dan berakhir kira-kira jam 6.55 petang,” ujarnya.
Turut hadir sama adalah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bandar YB Ustaz Ahmad Shah Mohamed dan Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Kuala Terengganu Azrin Aris.


Comments